Tuesday, May 8, 2012

Pendaftaran dan Minggu Orientasi Pra U sesi 2012/2013

Tarikh: 8 - 18hb Mei 2012
Hari: Selasa - Jumaat
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Blok A

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MAPP) SMK Sungkai mengendalikan Majlis Pendaftaran dan Minggu Orientasi pelajar-pelajar Pra U SMK Sungkai sesi 2012/2013. Pelajar Pra U sesi kali ini merupakan kumpulan pertama yang akan mengikuti pengajian menggunakan sistem dan sukatan baharu STPM yang mana menggunakan sistem penggal.

Pada hari ini, seramai 112 daripada 250 orang yang tersenarai layak masuk ke tingkatan Pra U SMK Sungkai telah mendaftarkan diri. Mereka akan mengikuti Minggu Suai kenal ini selama 2 minggu untuk mendapat pendedahan yang lebih jelas tentang sistem dan sukatan baharu STPM. Pelbagai pengisian telah diatur oleh jawatan kuasa orientasi termasuklah taklimat akademik berkaitan pakej mata pelajaran yang ditawarkan, aktiviti ko kurikulum, perlawanan persahabatan, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.

Perasmian Minggu Orientasi Pra U sesi 2012/2013 disempurnakan oleh Penolong Kanan SMK Sungkai, En. Mohamad Abdul Aziz bin Mohd Salleh. Beliau mengharapkan para pelajar yang masuk ke Tingkatan Pra U menggunakan peluang ini sebaiknya kerana melalui sistem baharu ini, peluang untuk mereka melangkah masuk ke universiti lebih mudah. Namun begitu, beliau juga mengingatkan para pelajar bahawa mereka perlu bekerja keras dari penggal 1 lagi kerana tidak ada istilah 'honeymoon' dalam sistem baharu STPM.

Gambar-gambar sekitar pendaftaran dan hari pertama Minggu Orientasi dalam proses muat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Klik Sini Gambar 

No comments:

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...