29 September - Majlis Anugerah Cemerlang SMK Sungkai diadakan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar atas kecemerlangan yang dicapai samada dalam akademik ataupun kokurikulum. Majlis yang diadakan di dewan SMK Sungkai ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Saudara Mohd Noor Hazrul, iaitu pemain bola sepak Liga Super negeri Perak yang merupakan bekas pelajar SMK Sungkai. Beliau diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Pada majlis ini, YB Dato' Seri telah berjanji akan membiayai perbelanjaan membaik pulih dataran perhimpunan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM10,000.
Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dalam proses muat naik ke album foto diari.
Klik di sini untuk lihat gambar-gambar lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017
Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...
-
21 Mac - Keputusan peperiksaan SPM 2011 diedarkan kepada calon-calon SMK Sungkai di Dewan Blok A pada pukul 11.30 pagi. Keputusan peperiksaa...
-
1hb Mac - Hari ini berlangsung Mesyuarat Kewangan pertama bagi tahun 2011. Semua Ketua Panitia, Guru tingkatan, serta guru-guru yang memegan...
-
Tarikh: 4 - 5hb Mei 2012 Hari: Jumaat dan Sabtu Tempat: Dewan Blok A Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Su...
No comments:
Post a Comment